Laporan portal berita KM akan bersara tidak benar: Abdullah

TANJUNG MANIS: Laporan portal berita mengatakan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara dari politik pada 28 Februari depan adalah tidak benar dan spekulasi semata-mata.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata, laporan itu tidak benar kerana tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana termasuk daripada Ketua Menteri sendiri.

“Saya tidak tahu dari mana sumber itu atau spekulasi ini berpunca. Sebenarnya tidak ada dan tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditanya mengenai laporan itu.

Abdullah ditemui selepas majlis pembukaan tidak rasmi Kuwait Finance House (KFH) di sini, semalam.

Dalam laporan tersebut, Ketua Menteri dikatakan menyuarakan hasratnya untuk bersara dari politik dan memberikan tarikh 28 Februari sebagai tarikh yang sesuai.

Laporan itu mendakwa, tarikh yang dipilih itu membolehkannya dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri yang baharu selepas persaraan TYT sekarang yang dijangka pada Mac depan.

Abdullah yang juga ADUN Semop berkata, semua itu berpunca daripada berita-berita atau cerita-cerita yang dimainkan di media sosial.

“Kita juga tidak tahu dari mana mereka mendapat sumber ini. Beliau (Taib) tidak ada membuat pengumuman apa-apa dan saya tidak dapat hendak memberi komen,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan mereka yang membuat spekulasi itu sebagai berniat tidak baik serta tidak menghormati suara majoriti.

“Saya rasa sejak akhir-akhir ini kita tahu siapa dan pihak memainkan isu ini. Perkara ini biarlah kita serahkan kepada Ketua Menteri sendiri membuat keputusan,” katanya.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of