Harga buah durian di Sri Aman masih mahal

0

RAIH REZEKI: Seorang penjual mempamerkan buah durian di bandar Sri Aman.

SRI AMAN: Harga buah durian di Sri Aman masih berada pada tahap yang mahal kerana ‘Raja Buah’ terbabit sudah semakin berkurangan di pasaran ketika ini.

Tinjuan rambang Utusan Borneo mendapati hanya di sekitar Pasar Tamu Sri Aman yang masih aktif menjual buah itu ketika ini.

Tiga biji durian masih kekal antara RM8 dan RM10.

Seorang peniaga ketika ditemui memberitahu bahawa walaupun durian masih dijual pada saat-saat akhir musim duria, namun ia masih menjadi sasaran pembeli buah itu.

“Walaupun hari ini musim akhir durian namun ia tetap dijual dengan harga yang kekal RM10 bagi durian yang baharu dikutip untuk tiga biji sebelum ini.

Manakala RM8 untuk yang sudah lama berada di pasaran yang tidak laris dijual dengan bilangan biji yang sama sebelum ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata,  durian banyak dijual oleh penduduk dari kawasan luar bandar Sri Aman.

Turut mengiringi kehadiran musim durian di Sri Aman adalah jualan buah langsat, isi durian muda, buah timun, rebung dan pelbagai hasil hutan yang lain.