Maklumat bancian ESSCOM akan bantu kenal pasti pendekatan sesuai

0

SANDAKAN: Maklumat lengkap bancian di empat perkampungan air oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan membolehkan kerajaan mengenal pasti pendekatan sesuai untuk membantu penduduk warga-negara di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Au Kam Wah berkata antaranya kerajaan dapat mengenal pasti bilangan rumah Program Perumahan Rakyat yang diperlukan untuk penduduk warganegara jika rumah-rumah setinggan di perkampungan terlibat dirobohkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ESSCOM bersama pemimpin masyara-kat empat perkampungan air itu di sini hari ini.

Empat perkampungan itu ialah Mangkalinau, Cahaya Baru, Muhibbah dan Forest. Mesyuarat dipengerusikan Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek.

ESSCOM menetapkan ope-rasi bancian di empat perkampungan air itu dilakukan pada 15 hingga 17 Feb ini.

Au berkata operasi bancian yang dijalankan oleh ESSCOM juga dapat membantu usaha kerajaan negeri melaksanakan sifar setinggan menjelang 2020. — Bernama