SARIKEI: Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei memohon bantuan orang awam untuk menyalurkan maklumat mengenai kemalangan maut di Jalan Kwang Ming/Minah pada 11 Januari lalu.
Dalam kemalangan itu, dua wanita yang menunggang motosikal jenis Honda Wave, nombor pendaftaran QRG 6105 berwarna hitam, maut di lokasi kejadian setelah dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Camry sekitar jam 6.25 petang.
Sungguhpun demikian, kes tersebut masih mempunyai beberapa keraguan yang memerlukan orang ramai yang ada menyaksikan kejadian agar tampil membantu siasatan pihak polis.
Saksi kejadian boleh menghubungi Cawangan Trafik IPD Sarikei atau Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Hazwan menerusi talian 016-3118419.