SESB tambah baik perkhidmatan

0

RAZAK (tengah) menyampaikan sumbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina kepada Utusan Borneo yang diwakili oleh Ketua Wartawan John Tambanan.

KOTA KINABALU: Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) sentiasa berusaha meningkatkan daya-harap bekalan elektrik di negeri ini.

Pengarah Urusan SESB Ir Haji Abd Razak Salim berkata, pihaknya sentiasa mahu mencapai tahap daya mampu yang diharapkan seluruh pengguna.

“Kami sedar masih banyak ruang penambahbaikan yang harus ditangani.

“Sebagai sebuah organsasi yang diamanah untuk membangun dan melindungi kepentingan awam, yakinlah bahawa kami sentiasa berazam untuk mencapai tahap daya mampu yang diharapkan oleh pemimpin dan masyarakat awam,” katanya pada majlis makan tengah hari bersama media di Hotel Palace, kelmarin.

Katanya, tidak ada organisasi yang ingin gagal dalam pelaksanaan misi dan SESB juga tidak terkecuali dari aspirasi terbabit.

Menurut Abd Razak, sungguhpun kenyataan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak kepada pihak SESB, pihaknya sentiasa menerima dan menghargai semua teguran dan menghormati teguran konstruktif awam atau dari pihak-pihak berkepentingan.

“Kita juga berbesar hati kerana sentiasa mendapat sokongan daripada TNB, kerajaan persekutuan dan negeri, suruhanjaya tenaga dan rakan niaga.

“Tanpa sokongan kami mungkin tidak berada pada kedudukan sekarang ini,” katanya.