Tuesday, December 7

Lagi bot karam, kali ini di muara Sungai Seblak, Kabong

1

KABONG: Seorang dikhuatiri lemas manakala lima lagi selamat dalam insiden terbaharu bot karam di muara Sungai Seblak di sini lewat petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira pada jam 6.54 petang yang mengatakan sebuah bot karam akibat dipukul ombak ketika memancing.

Sumber bomba memberitahu operasi mencari dan menyelamat akan bermula esok pagi.