Ali Hamsa dahului senarai penerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan

0

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mendahului senarai 320 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam.

Ali dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Selain itu, seramai 17 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ibrahim Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Che Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Nurmala Abd Rahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan.

Turut menerima SMW ialah Pengerusi Bistro & Theatre Restaurant Sdn Bhd Datuk Seri Dr Victor Wee Eng Lye, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Senator Datuk Seri Nallakaruppan Solaimalai, Ketua Polis Kuala Lumpur Senior Deputi Komisioner Polis Datuk Seri Mohmad Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak Prof Datuk Seri Dr. Md Zabid Abdul Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif RAM Holdings Datuk Seri Dr. K. Govindan.

Pengerusi Eksekutif Perdana Parkcity Sdn Bhd Datuk Seri Yaw Chee Siew, Pengerusi Eksekutif Asianix Group Sdn Bhd Datuk Seri Md. Tahir Mohammed, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Mohamed Mansor, Pengarah Pengurusan Kumpulan Tanco Holdings Berhad Datuk Seri Tan Jing Nam, Pengarah Nilai Resources Group Sdn Bhd Datuk Seri Lee Pit Chern dan seorang pesara Datuk Seri Abdul Karim Hussain juga menerima SMW.

Selain itu, 59 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk terdiri daripada Timbalan Menteri Kementerian Belia Dan Sukan Datuk M.Saravanan, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Chiew Lian Keng, Pengerusi Perbadanan Labuan yang juga Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Datuk Isli, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Datuk Noor Azian Shaari, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk P. Nallini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Yeoh Wee Siam, bekas Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri Datuk A.Kohilan Pillay.

Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan, Timbalan Ketua Pengarah (Makro), Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Datuk K. Yogeesvaran dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi Datuk Nagarajan N. Marie,  Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) di Kementerian Pertahanan Datuk Zulkafli Abdul Karim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) di Kementerian Pengangkutan Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) di Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Ahmad Jamalluddin Shaaban juga menerima PMW.

Turut menerima PMW ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Yong Bun Fou, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mahadi C. Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)Datuk Roslan Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Datuk Mohd Akhir Md Jiwa, Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr. Nora’i Mohd Said dan Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Yahaya Mohamad.

Pengarah PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak, Penyelaras Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil, Jabatan Perdana Menteri Prof Datuk Dr.Rajendran Nagappan, Setiausaha Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri Datuk Saidatu Akhma Hassan, Setiausaha Perbadanan Putrajaya (Pegawai Undang-Undang ) Datuk Mahiran Md Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan N13 Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji Datuk Rozaida Omar juga dianugerahkan PMW. — Bernama