108 maut pada sembilan hari pertama Ops Selamat IV

0

KEMAMAN: Jumlah kematian akibat kemalangan maut meningkat satu peratus atau 108 kes berbanding 104 kes tahun lepas dalam tempohsembilan hari Ops Selamat IV sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga semalam kes kemalangan maut di seluruh negara adalah sama dengan tempoh sama tahun lalu iaitu 100 kes.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar kemalangan jalan raya dan kes pecah  mencatatkan penurunan dalam tempoh tersebut.

Menurutnya sebanyak 8,875 kes kemalangan jalan raya telah dicatatkan berbanding 10,216 kes dalam tempoh sama tahun lepas manakala kes pecah rumahmenurun sebanyak 17 peratus iaitu 479 kes berbanding 579 kes tahun lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa memantau Ops Selamat IV berdekatan sempadan Terengganu-Pahang di Geliga, Chukai, di sini, semalam.

Ops Selamat IV sempena perayaan Tahun Baharu Cina bermula 24 Jan hingga 7 Feb ini.

Salleh berkata penurunan kes pecah rumah disebabkan oleh rondaan polis selepas tuan rumah mendaftar dengan polis dan mengisi borang balik kampung dibalai polis berhampiran untuk memaklumkan mengenai rumah mereka yang akanditinggalkan sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Sejak pelancaran Ops Selamat IV sehingga kini, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menduduki tempat ketiga paling rendah dari segi kadarkemalangan jalan raya berbanding negeri-negeri lain. — Bernama