Gadis keluar awal pagi puaskan nafsu dengan kekasih

1

SIBU: Taktik seorang anak gadis berusia 15 tahun 9 bulan yang sering keluar awal pagi untuk berjumpa dengan teman lelakinya akhirnya terbongkar kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 1 hingga 2 pagi Ahad lalu, gadis tersebut telah menyelinap keluar dari rumahnya di Jalan Empawah di sini.

Difahamkan gadis tersebut keluar bersama teman lelakinya menaiki sebuah motosikal ke sebuah rumah di Sungai Bidut, di sini.

Ketika berada di rumah teman lelakinya, lelaki terbabit mengajak gadis itu menonton televisyen di sebuah bilik.

Menurut laporan, lelaki tersebut dikatakan meraba-raba dan bercumbucumbuan dengan gadis tersebut sebelum mereka melakukan persetubuhan.

Setelah pasangan tersebut memuaskan nafsu, teman lelaki gadis tersebut menghantarnya balik ke rumah sekitar jam 3 pagi.

Pada masa sama, ibu bapa gadis tersebut menyedari anak gadisnya keluar rumah dan mereka keluar mencarinya.

Setiba di rumahnya, gadis tersebut terus masuk ke bilik tidur semasa ibu dan bapanya sedang mencarinya ketika itu.

Apabila ibu bapanya pulang ke rumah jam 3.30 pagi, mereka terus bertanya kepada anak gadisnya ke mana dia pergi.

Pada awalnya, anak gadisnya enggan memberitahu mereka sehingga bapa mangsa memaksanya menceritakan segalanya.

Kesal dengan apa yang berlaku, bapa mangsa membawa anak gadisnya ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan polis.

Gadis tesebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan disahkan terdapat kesan koyakan lama dan baharu pada kemaluannya.

Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan mengenal pasti seorang lelaki berusia 20-an dan bekerja sebagai mekanik bertanggungjawab melakukan kesalahan ke atas gadis tersebut.

Suspek berkenaan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat dan kes ini kini dalam siasatan polis.