Muhyiddin terima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang S’wak

0

KENANGAN: (Dari kiri) Taib, Muhyiddin, Tun Salahuddin, Toh Puan Norkiah dan Ragad bergambar selepas majlis pengurniaan pingat Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak kepada Muhyiddin di Astana Negeri, Kuching semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin semalam mengurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Pengurniaan itu yang berlangsung pada satu istiadat di Astana Negeri di sini adalah sempena ulang tahun ke-92 Yang di-Pertua Negeri yang disambut pada 14 September tahun lepas.

Darjah itu membawa gelaran ‘Datuk Patinggi Bintang Kenyalang.

’ Turut hadir isteri Yang di- Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Hadir sama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Tetamu lain ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Muhammad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Setiausaha Persekutuan Datuk Yahaya Basimin dan barisan kabinet negeri. — Bernama