Jom sertai bola sepak Piala Richard Riot

0

KUCHING: Kelab Bola Sepak Kampung Pichin, Serian mempelawa pasukan bola sepak sekitar bahagian ini menyertai Pertandingan Bola Sepak Piala YB Datuk Seri Richard Riot Jaem 2014 bagi edisi kelapan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 23 Februari ini disusuli dengan acara cabutan undi pada jam 1 petang di Dewan Badminton, Kampung Pichin, Serian.

Perlawanan akan berlangsung setiap Ahad di Stadium Mini Kampung Pichin bermula 2 Mac ini manakaka perlawanan akhir dijadualkan pada 23 Mei depan.

Pertandingan ini terbuka kepada mana-mana pasukan berminat termasuk pasukan/pemain bukan warganegara Malaysia menggunakan sistem kalah mati.

Yuran penyertaan bagi setiap pasukan dikenakan sebanyak RM250 dan boleh dibayar pada hari cabutan undi.

Bagi pertandingan ini, penganjur menawarkan hadiah berupa wang tunai RM3,000 serta piala iringan dan pingat kepada johan manakala naib johan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala iringan dan piala.

Tempat ketiga bakal menerima wang tunai RM500 serta piala iringan dan pingat manakala tempat keempat menerima wang tunai RM250.

Penganjur turut menyediakan hadiah bagi pemain terbaik perlawanan akhir serta penjaring gol terbanyak yang masing-masing bakal membawa pulang piala.

Borang penyertaan boleh didapati di Koperasi Pichin Berhad, Serian atau di facebook Pichin FC atau menerusi jawatankuasa pertandingan Soter Jo-og (019-8251107), Edward Daut ( 019-8463332), Wayudi Alak (019-8681934) dan Macswyzer Richard (012-8841977).