Perdamaian SPDP dan G5 yang terbaik untuk BN, semua pihak

0

KUCHING: Perdamaian antara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Kumpulan Berlima (G5) sebenarnya yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) dan semua pihak, kata peng-analisis politik Dr Ahi Sarok semalam.

“Apabila kedua-dua kum-pulan kembali bersama, ia akan mengurangkan politik dan semua orang akan dapat menumpukan perhatian untuk berkhidmat kepada pengundi dan kawasan mereka dengan lebih baik,” katanya.

Ahi berkata demikian kepada The Borneo Post sebagai mengulas perdamaian antara kedua-dua puak seperti yang dicadangkan dan dinasihati Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem baru-baru ini .

Ahi yang merupakan pre-siden Persatuan Graduan Bidayuh Sarawak (SBGA) berkata cadangan itu, jika benar-benar menjadi kenya-taan, akan memberi manfaat kepada SPDP khasnya kerana parti itu akan kembali dengan lima wakil rakyat berbanding dengan hanya satu pada masa ini iaitu Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom sendiri.

Pada Pilihan Raya Ne-geri 2011, parti memenangi enam daripada lapan kerusi yang ditandinginya tetapi kemudian lima daripada mereka sama ada dipecat atau meninggalkan parti secara sukarela.

Empat Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) itu ialah Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Datuk Dr Tiki Lafe (bekas Ahli Parlimen Mas Gading) adalah ahli G5.

Manakala Wong Judat (Meluan) meletak jawatan dan kemudian menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Masalah dalam SPDP disebabkan oleh beberapa perebutan jawatan kepimpinan tetapi mereka bersedia menuruti nasihat Adenan untuk ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ dan memulakan lembaran baharu.

Namun, bila ia akan menjadi kenyatakan hanya masa menentukan.