Jentera serangan skuad Ngap Sayot masih tumpul

0

 

KUCHING: Ketumpulan penyudah memaksa Sarawak berputih mata apabila tewas 2-0 kepada T-Team dalam saingan Liga Super 2014 malam kelmarin.

Dalam perlawanan ber­langsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu anak-anak buah Robert Alberts gagal merobek gawang T-Team biarpun lebih banyak menyerang.

Peluang Sarawak meng­hasilkan gol pertama apa­bila Joseph Kalang Tie gagal menyempurnakan sepakan penalti.

T-Team yang berada di kelompok bawahan liga men­dahului pada minit ke-46 menerusi Ramzul Zahini.

Babak kedua yang men­yaksikan Sarawak terus men­gasak kubu T-Team juga gagal memperolehi sebarang jaringan.

Sebaliknya, pada minit ke- 84 anak-anak buah Azraai Khor Abdullah menggan­dakan jaringan menerusi Badrul Hisyam.

Alberts yang dihubungi semalam melahirkan rasa kecewa dengan ketumpulan serangan biarpun mempunyai banyak peluang.

“Ini bola sepak…jika kita gagal memanfaatkan peluang terhidang maka kita akan kalah. Saya kecewa dengan penyudah yang tumpul,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Sarawak kini turun ke tangga kelima liga dengan mengutip sembilan mata.

Perlawanan seterusnya menyaksikan skuad Ngap Sayot menanti kunjungan Lions XII di Stadium Negeri Kuching pada 15 Mac (Sabtu) ini.