Pihak sekolah sentiasa menggalakkan pelajar bersukan

0

 

SIBU: Pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan berterusan dengan memberi peluang kepada pelajar bergiat aktif dalam aktiviti bersukan.

Timbalan Residen Bahagian Mukah, Abang Mohammad Abang Turkey berkata aktiviti bersukan sama ada permainan dan sukan olahraga penting kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

“Selain badan cergas dan minda cerdas, aktiviti bersu­kan yang melibatkan pelajar pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat perpadu­an dan mengeratkan hubungan silaturahim,” jelasnya.

Abang Mohammad berkata demikian ketika mewakili Res­iden Bahagian Mukah meras­mikan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-11 Peringkat Mukah 2014 di Stadium Tun Zaidi, kelmarin.

Katanya, menerusi aktiv­iti bersukan dapat membina peribadi yang mulia, berdisplin tinggi dan membina jati diri ke arah kepimpinan.

“Melibatkan diri dalam aktiviti bersukan dapat mem­bentuk seseorang murid yang berdisplin tinggi dan mem­bina jati diri menjadi seorang pemimpin yang bertanggung­jawab,” ujarnya.

Kejohanan anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick bermula 5 hingga 8 Mac dan disertai sebanyak 14 buah kontinjen.

Kontinjen tersebut ialah SMK Matu, SMK Mukah, SMK Toh Puan Datuk Pat­inggi Hajah Normah Daro, SMK Dalat, SMK Oya, SMK St Patrick, SMK Batang Igan, SMK Belawai, SMK Agama Igan, SMK Three Rivers, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Daro, PPD Mukah dan PPD Dalat.

Hadir sama Pegawai Pela­jaran Daerah Mukah mer­angkap Yang Dipertua Ma­jlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Bahagian Mukah Bugin Ragoon, Pengetua SMK St Patrick Anthony, Poon Teck Huat dan Pegawai Pelajaran Daerah Daro, Motadza Sat dan Pengetua SMK Dalat merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Bahagian Mukah, Mustafa Sapawi.