Sunday, September 19

DAP anjur pertandingan syarahan ‘Piala Ubah’ untuk murid sekolah rendah

0

MIRI: Pusat Komuniti Parti Tindakan Demokratik (DAP) Piasau menganjurkan pertandingan syarahan merebut ‘Piala Ubah’ untuk pelajar sekolah rendah di sini.

Pengerusi penganjur, Lee Kok Hock memberitahu pertandingan akan diadakan pada 27 April ini di Kompleks My Mall Lutong di sini dan dibahagikan kepada kategori bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Pertandingan terbuka kepada semua pelajar tahun empat hingga enam. Setiap peserta akan membentangkan topik ‘Sekiranya saya Perdana Menteri’,” katanya di sini semalam.

Syarahan bahasa Mandarin akan diadakan pada jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang, sementara syarahan bahasa Inggeris akan diadakan bermula jam 3 hingga 6 petang.

“Juara akan menerima hadiah wang tunai RM200. Pemenang kedua dan ketiga akan menerima RM100 dan RM50. Semua mereka juga akan menerima trofi dan sijil. Cenderamata dan sijil juga akan diberikan kepada peserta lain,” jelas Lee.

Yuran RM20 dikenakan untuk setiap peserta. Borang penyertaan boleh diperolehi dari Pusat Komuniti DAP Piasau.

Semua borang penyertaan harus dihantar kepada penganjur sebelum 15 April. Penyertaan juga boleh dihantar secara faks ke talian 085-416063 atau email ke alamat [email protected]