Program Langkah Selepas SPM dan STPM, Ahad ini

0

MIRI: Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini dipel­awa menyertai program Lang­kah Selepas SPM dan STPM pada Ahad ini (23 Mac).

Program berkenaan akan berlangsung di Pustaka Miri bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.

Menurut pengerusi pen­ganjur Dr Abdul Aziz Abdul Rahim, objektif utama pen­ganjuran program terbabit adalah bagi memberi panduan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk memilih kursus yang bersesuaian yang akan diambil selepas menda­pat keputusan peperiksaan masing-masing.

“Program ini adalah untuk membantu dan membimbing pelajar bagi membolehkan mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan selepas men­dapat keputusan peperiksaan masing-masing,” katanya.

Jelas beliau, lebih 40 fa­silitator daripada pelbagai industri dan 23 institusi pengajian tinggi akan terlibat dalam menjayakan program berkenaan kelak.

“Pelbagai industri kerjaya akan terlibat dalam program tersebut, masing-masing terdiri daripada media massa, kejuruteraan, kejururawatan, kulinari, penerbangan, pen­didikan, akaun, ekonomi, bank, undang-undang, hotel dan lain-lain yang berkaitan,” ujarnya.

Program terbabit merupa­kan anjuran bersama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Persatuan Melayu Miri dan Pustaka Miri.

Ia juga adalah sebahagian acara tahunan kerjasama daripada tiga pihak tersebut dalam memberi peluang ke­pada pelajar lepasan dan go­longan belia untuk mendapat maklumat terkini mengenai bidang kerjaya yang telah disediakan untuk mereka.

Tambah beliau, pegawai PTPTN dari Kuching turut akan terlibat sama bagi mem­beri panduan kepada pelajar mengenai bantuan kewangan yang disediakan untuk mem­bantu mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Justeru ibu bapa dan penjaga juga diharap menggalakkan anak-anak mereka menyertai program berkenaan.