20 disasar sertai Miss Sarawak Etnic 2014 dan Mr Sarawak Etnic 2014

0

SESI FOTO: Finalis diminta bergambar sebelum uji bakat diadakan semalam.

KUCHING: Borneo Hornbill Festival 2014 mengadakan sesi uji bakat di Bangunan Mahkamah Lama Kuching dengan menyasarkan 20 penyertaan semalam.

Peserta terbabit akan menjalani pemilihan uji bakat untuk menyertai pertandingan Miss Sarawak Etnic 2014 dan Mr Sarawak Etnic 2014, dan akhirnya bersaing untuk mendapat gelaran Miss dan Mr Borneo.

Miss Sarawak Etnic 2014 terdiri daripada tiga kategori iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Mr Sarawak Etnic 2014 dibuka kepada semua kaum Dayak di Sarawak.

Peserta akhir dari Sabah akan mengambil bahagian dalam Miss Sabah Etnic 2014 dan Mr Sabah Etnic 2014.

Miss Sabah Etnic 2014 terdiri daripada dua kategori iaitu Kadazandusun dan kategori terbuka Sabah yang terbuka kepada gadis-gadis Murut, Rungus, Ida’an, suku Lundayeh, Orang Sungai, Cocos, Bisaya dan etnik Bajau.

Mr Sabah Etnic 2014 adalah terbuka kepada peribumi lelaki Sabah termasuk Kadazan Dusun, Murut, Rungus, Idaan, suku Lundayeh, Orang Sungai, Cocos, Bisaya dan Bajau.

Menurut penganjur Borneo Hornbill Festival 2014  Paren Nyawi, ini adalah tahun keenam pertandingan ratu cantik dan festival itu dianjurkan.

“Para finalis dari Sabah dan Sarawak akhirnya akan bersaing untuk gelaran Mr dan Miss Borneo, dan sebab utama kami menganjurkan festival ini adalah untuk membolehkan orang di tempat lain seperti di Semanunjung Malaysia atau di luar negara menghargai kebudayaan yang terdapat di Borneo,” katanya kepada pemberita.

Menurut Pengerusi Persatuan Warisan Sarawak, Kuala Lumpur dan  Selangor Dr Laurence John pihaknya turut bercadang menganjurkan festival berkenaan di England dalam tempoh empat tahun akan datang.

Bagaimanapun, kos dan tanggungan peserta buat masa ini dibiayai oleh para peserta sendiri untuk memupuk sifat berdikari di kalangan peserta.