Nirvana Memorial Park Kuching Sdn Bhd melancarkan pakej pengebumian Zon Y

0

BAU: Nirvana Memorial Park Kuching Sdn Bhd (Nirvana) semalam melancarkan pakej pengebumian Zon Y yang menghala timur mengikut amalan feng shui penganut beragama Buddha.

Konsultan Feng Shui Nirvana, Master Ricky Siaw berkata, mengikut amalan feng shui pengebumian mengikut enam bintang adalah ke arah timur.

“Setiap hari, matahari akan keluar dari ufuk timur maka ia melambangkan cahaya dan setiap benda hidup yang ada di dunia pasti kembali semula ke tanah.

“Timur memberi pengertian yang baik kerana permulaan matahari terbit datangnya dari arah ini, jelasnya.

Setiap kubur boleh menempatkan sepasang bekas abu dan turut menempatkan pakej yang sama bagi agama berlainan dengan keluasan lima ekar.

Terdapat tiga pakej untuk dipilih iaitu RM36,388 , RM30,388 dan RM27,388 termasuk perkhidmatan pembakaran mayat, penyelenggaraan berterusan dan kendi manakala saiz tanah dan reka bentuk batu nisan berbeza-beza, bergantung kepada pakej yang dipilih.

“Bagi pengebumian perseorangan pengurangan sebanyak RM2, 500 akan dikenakan,” katanya.

Pihaknya juga menawarkan pelan ansuran tanpa faedah daripada RM900 sebulan untuk tempoh 24 bulan dan hanya sah untuk tempoh tiga bulan bermula semalam.

Zon Y itu telah dilancarkan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Lo Khere Chiang.

Tradisi ini amat popular dan banyak dilakukan di negara Taiwan, China, Jepun dan Korea.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Nirvana Memorial Park iaitu 082-242668 atau 016-8600175 .