Kejohanan Golf Piala Pengarah IPGKTAR mendapat sambutan menggalakkan

0

TAHNIAH: Hamsiah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kejohanan Golf Piala Pengarah IPGKTAR 2014.

KUCHING: Kejohanan Golf Piala Pengarah IPGKTAR 2014 mendapat sambutan hangat apabila ahli-ahli Kelab Golf Sarawak (KGS), Damai Golf And Country Club, Kelab Golf UNIMAS, kakitangan Jabatan Pendidikan Sarawak (JPS) dan syarikat bersendirian menyertainya.

Kejohanan berlangsung pada 16 Mac lalu merupakan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) sempena penubuhan Kelab Golf IPGKTAR pada 2012.

Semasa penganjuran 2012 dan 2013 penyertaan hanya dibuka kepada ahli-ahli Kelab Golf UNIMAS, tetapi tahun ini diperluaskan kepada beberapa kelab golf sekitar Bahagian Kuching.

Hadiah menarik ditawarkan kepada para pemenanghasil sumbangan penaung kelab terbabit, Ahli Parlimen Samarahan Rubiah Wang, badan-badan korporat dan orang perseorangan di Kota Saramahan juga Kuching.

Majlis perasmian dan penutupan disempurnakan Pengarah IPGKTAR, Hamsiah Abdullah Masni, Dalam ucapannya, beliau berharap para peserta menjadikan kejohanan itu sebagai landasan merapatkan hubungan antara kakitangan IPGKTAR serta masyarakat sekitar.

Beliau juga berjanji kejohanan pada tahun depan (2015) akan lebih meriah dan berprestij.