Kembali kegemilangan SUKMA

0

SELAMAT BERJUANG: Lee (empat kiri) menerima bendera kontinjen daripada atlet angkat berat, Jelinie Empera sambil disaksikan Haris (kiri), Affandi, Abdul Karim, Dr Rundi, Lucas dan Ong di Dewan Suarah Kuching semalam.

KUCHING: Atlet Sarawak mampu mengembalikan era kegemilangan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) seperti yang pernah dikecapi pada suatu ketika dahulu di Sarawak pada 1990.

Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Ma­wan berkata beliau percaya Sarawak mampu menjulang semula kejuaraan pada SU­KMA jika usaha dilakukan oleh semua atlet dengan ber­sungguh-sungguh.

“Kita bercita-cita untuk berada dalam kelompok tiga pasukan teratas pada SUKMA ke-17 di Perlis nanti.

“Untuk mencapai sasaran itu pegawai, jurulatih dan para atlet mestilah berjuang dan mengutip paling minima sejumlah 55 pingat emas,” katanya pada majlis pelan­caran ‘countdown’ 51 hari ke SUKMA XVII Perlis 2014 di Dewan Suarah Kuching, di sini semalam.

Mawan berkata demikian dalam teks ucapan yang di­baca oleh Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin yang juga Ketua Kontinjen SUKMA Sarawak.

Menurutnya, Sarawak juga mensasarkan muncul juara keseluruhan pada SUKMA ke-19 yang akan diadakan di laman sendiri (Sarawak) pada 2016.

“Kita hanya tinggal 51 hari untuk membuat persia­pan terakhir dan saya ingin mengingatkan kepada semua pegawai dan para atlet agar memberikan komitmen sepe­nuhnya dalam latihan mulai dari sekarang,” tambahnya.

Sarawak menghantar seramai 362 atlet dan 83 pegawai ter­masuk jurulatih pada SUKMA XVII yang berlangsung pada 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Kontinjen Sarawak hanya menyertai 22 daripada 24 acara sukan dipertanding­kan iaitu akuatik (terjun dan renang), angkat berat, ber­basikal, boling padang, mema­nah, olahraga, silat, petanque, taekwondo, tenpin boling, tenis, wushu, hoki, badmin­ton, bola sepak, golf, karate, menembak, sepak takraw, squasy, kanu dan tinju.

Manakala dua acara yang tidak disertai adalah gimrama dan perahu layar.

Sebelum berangkat ke Per­lis, semua atlet, pegawai dan jurulatih akan mengikuti kem kontinjen di kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 20 hingga 24 Mei depan.

Pada SUKMA XV, Sarawak menduduki tempat keempat di belakang Terengganu, Selangor dan Pahang dengan menggondol 42 emas, 32 perak dan 38 gangsa.

Hadir sama Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) DatukAbdul KarimRahman Hamzah, Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) Datuk DrStephen Rundi, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Affandi Keli, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Negeri Sarawak (PSNS) Dr Ong Kong Swee, Pegarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Haris Ishak dan Pe­mangku Pengarah Majlis Su­kan Negeri Sarawak (MSNS), Lucas Kalang Laeng.