Stesen minyak dipecah masuk kumpulan lelaki bertopi keledar

0

KUCHING: Sebuah stesen minyak di Ja­lan Batu Lintang, di sini dipecah masuk sekumpulan lelaki ber­topi keledar awal pagi semalam.

Seorang daripada pekerja stesen minyak berkenaan berkata pel­bagai barang dilapor­kan hilang termasuk makanan serta rokok berjenama dalam ke­jadian yang berlaku sekitar jam 2 pagi itu.

Menurutnya, mereka yang tingal berdekatan dengan stesen minyak itu mula menyedari kejadian tersebut sebaik sahaja mendengar sis­tem penggera berbunyi namun hanya sempat melihat kelibat be­berapa individu bertopi keledar.

“Kami pada mulan­ya dikejutkan dengan bunyi cermin pecah, diikuti bunyi sistem penggera dan apabila kami melihat ke luar, kami hanya sempat melihat beberapa orang bertopi keledar mela­rikan diri dari situ dengan menaiki sebuah kereta berwarna ge­lap,” katanya.

Dia menambah, mereka kemudian terus menghubungi pihak polis dan majikan mereka untuk melapor­kan mengenai insiden tersebut.

Difahamkan juga, stesen minyak tersebut yang beroperasi seh­ingga jam 10 malam setiap hari dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil rakaman di­percayai suspek telah memecahkan cermin hadapan premis berk­enaan untuk masuk ke dalamnya.

Beberapa anggota po­lis daripada Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bersama anggota dari balai polis berhampiran turut bergegas ke lokasi kejadian untuk men­jalankan siasatan.