Laurel wira basikal bukit Kriterium MASJA

0

KUCHING: Laurel Lauriedsen memastikan kemenangan pasukan Corbusie di Kriterium MASJA apabila membawa pulang dua pingat tempat pertama kategori basikal bukit dan lelaki terbuka jalan raya.

Dalam perlumbaan lelaki terbuka jalan raya, rakan sepasukan Laurel iaitu Mohd Zahin, Charles Lein Dking serta Ahmad Azdfar agak bertuah kerana menduduki tempat kedua, ketiga dan kelima masing-masing.

Tempat keempat dimenangi pelumba individu, Kueh Jian Terng.

Kriterium MASJA menyaksikan lima kategori dipertandingkan sepanjang tiga kilometer trek jalan raya.

Kategori Basikal Bukit merangkumi jarak trek 15 kilometer atau lima laluan berbukit menyaksikan pelumba individu, Lee Yong Hui kedua manakala pelumba pasukan Sonamu Mohd Azhar, Masri Gidi dan Abang Sudirman menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, keempat serta kelima masing-masing.

Perlumbaan itu menyaksikan pelumba kebangsaan, Junaidah Jus memenangi tempat pertama kategori wanita terbuka.

Junaidah diekori rapat pelumba muda Nur Syafira dari pasukan Viking di tempat kedua, Hajiah Abang Wahab dari Komuniti Berbasikal Arif ketiga, Nur Athirah (Saxon) keempat dan Nurin Aina Nasrin, kelima.

Kategori junior lelaki menyaksikan Ahmad Azdfar dari Corbusier muncul pemenang diikuti Abang Azrean Kiya dari Viking, Azka Nabil (Corbusier) ketiga, Abang Muhd Azri (Sonamu) keempat dan pelumba Sri Aman Abang Rauf Ahmad Shafiee kelima.

Bagi kategori veteran, pasukan Saxon menunjukkan penguasaan menerusi Ikhwandy Zen, Patrick Siqueen dan Seiji Borhan untuk meraih tempat pertama, kedua dan keempat.

Tempat ketiga dimenangi bekas pelumba neger i , Ahmad Joyo manakala Supian Nor yang juga bekas pelumba negeri mewakili Corbusier, kelima.

Seramai 117 pelumba dari seluruh negeri mengambil bahagian pada perlumbaan dianjurkan Persatuan Basikal Sarawak (SCA).

Hadiah pemenang disampaikan Naib Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak, Irwan Zulkarnain Mohd Hasbie.