MPP tempatkan rombongan pungut cukai taksiran di beberapa lokasi

0

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menempatkan rombongan untuk memungut cukai taksiran 2014 di beberapa lokasi di sekitar kawasan seliaannya.

Justeru, semua pembayar cukai yang tinggal dalam dan berdekatan tempat yang dilawat rombongan diingatkan supaya mengambil perhatian terhadap jadual dan masa yang ditetapkan.

Cukai taksiran bagi 2014 dan tunggakan cukai taksiran yang belum dijelaskan hendaklah dibayar kepada rombongan terbabit.

Sesiapa yang belum menerima atau kehilangan bil cukai taksiran mereka bagi 2014 adalah dinasihati supaya berjumpa dengan rombongan berkenaan.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang akan dilawati rombongan yang dibahagikan kepada empat pasukan iaitu A, B, C dan D.

Pasukan A akan berada di Kolong 8 Sungai Tengah pada 5 Mei di kedai Lien Hap Hin Co, No. 215, Kolong 8 Sungai Tengah, Matang, Kampung Sagah pada 6 Mei di Balai Raya Kampung Sagah, Kampung Paroh/Sejijak pada 7 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Paroh/Sejijak, Kampung Matang pada 8 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Matang, Batu 11, Jalan Matang pada 9 Mei di Kedai Hong Chen, No. 26 Batu 11, Jalan Matang, Kampung Telaga Air pada 12 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Telaga Air dan 14 Mei di Pejabat Daerah.

Waktu lawatan Pasukan A ke semua lokasi tersebut ialah dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dan diteruskan dari jam 2 hingga 3.30 petang.

Pasukan B pula akan berada di Kampung Chupak pada 19 Mei di Balai Raya Kampung Chupak, Kampung Sekuduk pada 20 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Sekuduk, Kampung Langsat pada 21 Mei di Balai Raya Kampung Langsat, Kampung Maang pada 22 Mei di Balai Raya Kampung Maang, Kampung Simpok pada 23 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Simpok dan Kampung Mundai pada 26 Mei di Balai Raya Kampung Mundai.

Waktu lawatan Pasukan B ke semua lokasi tersebut ialah dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dan diteruskan dari jam 2 hingga 3.30 petang.

Bagi Pasukan C, mereka akan berada di Kampung Pesang pada 5 Mei di Balai Raya Kampung Pesang, Kampung Begu pada 6 Mei di Balai Raya Kampung Begu, Kampung Sira pada 7 Mei di Dewan Serba Guna Kampung Sira, Pasar Tiang Bekap pada 8 Mei di Perpustakaan Desa, Pasar Tiang Bekap, Kampung Payang pada 9 Mei di Dewan Serba Guna Kampung Payang, Kampung Bengoh pada 12 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Bengoh dan Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) pada 14 Mei di Balai Raya BRS.

Waktu lawatan Pasukan C ke semua lokasi ialah pada jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dan diteruskan dari jam 2 hingga 3.30 petang.

Pasukan D akan berada di Kampung Darul Islam Belimbing pada 20 Mei, Kampung Dunuk pada 21 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Dunuk, Kampung Besira Rayang pada 22 Mei di rumah KK Besira Rayang, Kampung Rayang pada 23 Mei di Rumah Panjang Kampung Rayang, Kampung Semeru pada 24 Mei di rumah KK Kampung Semeru, Kampung Annah Rais pada 25 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Annah Rais dan Kampung Abang pada 26 Mei di Perpustakaan Desa Kampung Abang.

Waktu lawatan Pasukan C ke semua lokasi adalah pada jam 8 pagi hingga 4.30 petang.