Pemuda didenda kerana guna dadah berbahaya

0

MIRI: Seorang pemuda didenda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis Methylene-dioxyamphetamine.

Chok Pui Woon, 22, dari No.15, Jalan Sambu 15, Klang, Selangor telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Mengikut kesalahan itu, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun serta dikehendaki menjalani peng-awasan bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut peruntukan Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati ada menggunakan dadah jenis Methylenedioxyamphetamine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.15 pagi, 8 Disember 2011 di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di sini.