Penyertaan kini dibuka untuk Cabaran Fotografi Damai 2014

0

KUCHING: Penyertaan kini dibuka untuk Cabaran Fotografi Damai 2014 yang akan diadakan di Damai Beach Resort pada 3 hingga 4 Mei depan.

Justeru, borang penyertaan pertandingan fotografi ini kini boleh didapati dan dimuat turun dari laman sesawang dan Facebook Damai Beach Resort.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka dan pelajar (termasuk yang menuntut di IPTA dan IPTS).

Penyertaan untuk pertandingan ini adalah menarik kerana bagi kategori terbuka, setiap peserta akan mendapat pakej khas penginapan dua hari satu malam di Damai Beach Resort dengan harga RM255 termasuk sarapan pagi untuk dua orang.

Manakala bagi kategori pelajar pula, ia hanya RM205 termasuk pakej khas penginapan dua hari satu makam berserta sarapan pagi untuk dua orang.

Hadiah yang ditawarkan bagi pemenang pertama, kedua dan ketiga kategori terbuka ialah RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 serta wang tunai bagi dua hari satu malam di Damai Beach Resort.

Turut ditawarkan lima hadiah sagu hati bernilai RM300 serta baucar makan.

Hadiah bagi pemenang pertama, kedua dan ketiga kategori pelajar pula ialah RM1,000, RM700 dan RM500 serta wang tunai bagi dua hari satu malam di Damai Beach Resort.

Selain itu lima hadiah sagu hati bernilai RM200 serta baucar makan.

Turut akan diadakan ialah aktiviti sampingan untuk orang ramai termasuk pameran mini foto, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, tarian moden, muzik tradisional dan cabutan bertuah.

Pertandingan merupakan anjuran Persatuan Senifoto Quebah Clicks (QBC) dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Persatuan Jurugambar Akhbar Sarawak (SPPA), Kampung Budaya Sarawak dan Damai Golf & Country Club.