SMK Green Road rai ulang tahun ke-50 pada Sabtu ini

0

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-50nya pada Sabtu, 19 April ini, jam 7 malam bertempat di Stadium Perpaduan Petra Jaya, di sini.

Sambutan ulang tahun itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Alumni Ex-Greenians yang mengalu-alukan kehadiran bekas-bekas pelajarnya.

Pada malam itu juga, guru sekolah dan kumpulan orkestra yang dijemput akan membuat persembahan bagi memeriahkan sambutan.

Bekas pelajar yang berminat untuk menyertai sambutan ulang tahun itu boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi Cuthbert Lo menerusi talian 012-8888535 dan tiket dijual pada harga RM80 setiap satu.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sambutan itu, layari laman Facebook SMK Green Road @50th Anniversary Celebration.