Tindakan pantas jiran selamatkan rumah bekas temenggung ranap dijilat api

0

MUSNAH: Kelibatan beberapa anggota bomba sedang memadam sisa kebakaran yang memusnahkan bahagian dapur rumah milik seorang bekas temenggung di Taman Hilltop di Miri malam kelmarin.

MIRI: Tindakan pantas seorang jiran prihatin meng-hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat sekali lagi telah menyelamatkan rumah milik seorang bekas temenggung daripada mus-nah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Hilltop di sini malam kelmarin.

Menurut sumber, kebakaran yang bermula di bahagian dapur di belakang rumah konkrit setingkat itu mula dilihat oleh seorang jiran sekitar jam 8 malam.

Difahamkan semasa kejadian, hanya dua pembantu rumah warga Indonesia berada di situ manakala bekas temenggung dan isterinya sedang melancong di luar negara.

Sebaik ternampak kepulan asap hitam dan api, jiran terbabit terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan dan memberitahu tentang kebakaran itu kepada dua pembantu rumah terbabit yang sedang berada di dalam rumah tersebut.

Sementara itu, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.09 malam telah bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera dengan kekuatan 14 anggota masing-ma-sing tujuh orang dari Balai Bomba Penyelamat Miri dan Lopeng.

Bomba yang sampai di tempat kejadian lima minit kemudian berjaya mengawal api daripada merebak ke seluruh bahagian rumah tersebut serta rumah jiran sebelah.

Berikutan kebakaran itu, pemilik rumah mengalami kerugian ribuan ringgit memandangkan kesemua per-alatan elektrik yang terdapat di bahagian dapur musnah dijilat api.

Ini merupakan kejadian kebakaran kedua di rumah milik bekas temenggung terbabit dalam tempoh kurang sebulan di mana kejadian pertama telah berlaku pada jam 6.30 pagi, 26 Mac lalu.

Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih belum diketahui dan pihak bomba sedang melakukan siasat lanjut.

Sementara dalam satu kes berasingan, seorang lelaki nyaris tinggal sehelai sepinggang apabila sebuah bilik di sebuah rumah kayu di Jalan Piasau Utara yang didiaminya musnah dalam kebakaran yang berlaku lewat malam kelmarin.

Menurut sumber, semasa kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam, penghuni bilik berkenaan yang berusia 25 tahun sedang berada di rumah seorang kawan yang terletak berhampiran rumahnya.

Mangsa hanya menyedari kebakaran itu setelah dimaklumkan oleh seorang jiran.

Bagaimanapun, hasil tindakan pantas sepasukan anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan tentang kebakaran itu, telah berjaya memadamkan kebakaran daripada mera-napkan keseluruhan rumah tersebut serta rumah jiran sebelah.

Punca kebakaran juga masih belum diketahui dan bomba sedang menjalankan siasatan lanjut.