Kail ikan, dapat anak buaya

0

TANGKAPAN LUAR BIASA: Marsal memegang anak buaya yang terkena mata kailnya ketika memancing di kolam sebelah sekolah, semalam. Turut kelihatan, guru-guru dan pelajar-pelajar SM Agama Tun Ahmad Zaidi.

PANCING ikan tapi dapat anak buaya.

Tangkapan itu amat mengejutkan seorang guru Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching Ustaz Abang Marsal Karim ketika menyertai pertandingan memancing anjuran sekolah itu semalam.

Penolong Kanan Kokurikulum, Eh Fat E Sau berkata ustaz tersebut terpaksa ‘bergelut’ seketika dengan anak reptilia sepanjang kira-kira empat kaki itu sebelum berjaya mendaratkannya pada jam 8.30 pagi.

Pertandingan memancing yang merupakan antara aktiviti sempena Hari Kokurikulum Bersepadu sekolah itu diadakan di kolam sebelah sekolah yang terletak di Jalan Sultan Tengah.

Anak buaya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat petang semalam.