Land Cruiser hilang di tempat letak kereta Hospital Umum Sarawak

0

KUCHING: Sungguhpun tempat letak kereta Hospi­tal Umum Sarawak (HUS) tidak pernah kosong dengan kenderaan serta di bawah pengawasan anggota pen­gawal keselamatan, ia tidak terkecuali daripada menjadi sasaran penjenayah.

Ini kerana sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser milik seorang ejen insurans dilaporkan hilang semasa diparkirkan di tempat letak kereta berkenaan, kelmarin.

Difahamkan, mangsa hanya menyedari perkara tersebut semasa hendak mengambil keretanya dan mendapati kereta yang dianggarkan ber­nilai sekitar RM100,000 itu telah hilang sekitar jam 1 petang.

Mangsa kemudian cuba mencari keretanya di sekitar tempat letak kereta berk­enaan, namun tidak berjaya dan terus membuat laporan polis berhubung kejadian.

Antara yang dilaporkan terdapat di dalam kereta mangsa ialah wang tunai sekitar RM200, tiga utas jam tangan bernilai RM500, dan beberapa peralatan ele­ktronik dianggarkan bernilai RM5,000.

Siasatan polis berhubung perkara tersebut masih di­jalankan.