Piala Presiden: Skuad muda tumpul, seri 1-1 dengan ATM

0

KUCHING: Ketumpulan jentera serangan sekali lagi menjadi duri dalam daging skuad remaja Sarawak apabila mereka sekadar seri 1-1 pada perlawanan Piala Presi­den menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Negeri kel­marin.

Sekalipun bermula garang dengan bertu­bi-tubi membedil kubu The Gladiators, sentuhan penyudah tetap gagal ditemui.

Sebaliknya, pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-20 sebelum Abdul Rahim Abdul Razak menya­makan kedudukan un­tuk Sarawak pada minit ke-30.

Pada babak kedua, Sarawak menggandakan serangan dan mempun­yai deretan peluang kee­masan untuk menambah jaringan namun gagal dis­empurnakan oleh barisan penyerang.

Benteng pertahanan Sarawak turut mempamer aksi cemerlang mematah beberapa serangan berba­haya ATM.

Keputusan itu kekal hingga tamat masa per­lawanan dan Sarawak kekal menduduki tangga kesembilan dengan men­gumpul 14 mata.

Ketua Jurulatih John­ny Dominicus berkata, skuadnya menunjukkan lebih banyak peningka­tan berbanding ketika perlawanan di pusingan pertama.

Sarawak akan me­nentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 24 April bagi menutup kempen Piala Presiden 2014.