Sakit alat sulit, gadis mengaku dirogol lelaki

1

KUCHING: Seorang gadis mengaku dirogol lelaki yang baharu dikenalinya sejak sem­inggu lalu selepas mengalami kesakitan pada alat sulitnya.

Difahamkan, mangsa yang baharu berusia 15 tahun dan berasal dari Petra Jaya mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling di sekolahnya ekoran tidak ta­han dengan kesakitan yang dialaminya.

Menurut sumber, mangsa mengaku telah dirogol oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Amirzul dipercayai berusia 19 tahun melalui seorang daripada rakannya.

“Lelaki (suspek) telah men­gambil mangsa di rumahnya sekitar jam 4.30 petang Rabu lepas dengan menaiki sebuah motosikal.

“Mangsa kemudian dibawa oleh lelaki terbabit ke dalam hutan berdekatan dan me­maksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebelum dihantar pulang se­lepas itu,” katanya.

Keluarga mangsa pada mulanya tidak mengetahui in­siden tersebut kerana mangsa takut untuk menceritakannya sehingga diberitahu oleh guru kaunseling iaitu sehari selepas kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk melaporkan mengenai perkara tersebut.

Ketua Polis daerah Kuch­ing ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi menge­sahkan ada menerima lapo­ran berhubung kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan sementara sia­satan polis masih diteruskan,” katanya.