12 finalis Miss WHF 2014 hangatkan suasana di The Summer

0

KOTA SAMARAHAN: Seramai 12 finalis Miss World Harvest Festival (WHF) 2014 menghangatkan suasana di pusat beli-belah The Summer dengan memperagakan fesyen baju terkini daripada Butik Kitschen.

Pertunjukan fesyen yang berjaya menarik ribuan pengunjung itu bertujuan mempromosi sambutan WHF yang akan diadakan dari 2 hingga 4 Mei depan.

Sambutan tahunan anjuran Kampung Budaya Sarawak (SCV) itu turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Pusingan kemuncak Miss WHF 2014 pula akan diadakan pada 3 Mei (Sabtu) di SCV.

Orang ramai yang berminat boleh menempah tiket yang dijual pada harga RM60 seorang manakala sekiranya ia ditempah sebelum 20 April akan berpeluang menikmati tiket pada harga RM30 seorang.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi pegawai SCV Grace dan Arnida di talian 082-846411/846108.