Ayah jumpa anaknya ‘bermain cinta’ dengan warga asing

0

SIBU: Anak gadis yang disangka hilang rupa-rupanya ‘bermain cinta’ dengan seorang lelaki warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Kerana dilamun cinta, seorang gadis berumur 16 tahun berkenaan sanggup mengikut lelaki pendatang asing itu ke rumah pekerjanya di mana mereka ditemui oleh pengadu (ayah gadis) pada jam 11 pagi kelmarin.

Sebelum itu, pengadu bimbang apabila mendapati anaknya gagal pulang ke rumah dan bertindak mencarinya.

Pengadu kemudiannya bertindak pergi ke sebuah rumah pekerja di Sungai Merah di sini dan akhirnya menjumpai anaknya bersama seorang lelaki warga Indonesia, 20-an, berdua-duaan di dalam bilik itu.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, pengadu bertindak menangkap lelaki Indonesia tersebut untuk dibawa ke Balai Polis Sentral.

Siasatan polis mendapati lelaki tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah dan terpaksa ditahan untuk tindakan lanjut.