Pingpong: PERPIB, warga emas sama hebat seri 5-5

0

KUCHING: Persatuan Pingpong Bumiputera Bahagian Kuching (PERPIB) mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan pingpong dari Pusat Perkhidmatan Warga Emas Kuching (PPWE) di Pusat Perkhidmatan Warga Emas Kuching (PPWE), Jalan Simpang Tiga di sini.

Perlawanan itu bertujuan bagi menjalinkan hubungan silaturahim kalangan pemain PERPIB yang terdiri golongan belia dengan warga emas.

Di samping itu, PERPIB merasakan agar pada masa akan datang lebih banyak organi sas i mengadakan aktiviti bersama pihaknya melibatkan warga emas.

“Kerana sebagai warganegara Malaysia kita patut menghargai jasa dan pengorbanan mereka untuk negara sebelum ini,” katanya.

PERPIB mengucapkan penghargaan di atas nasihat dan tunjuk ajar daripada pemain pingpong veteran dari PPWE.

Keputusan keseluruhan perlawanan berkesudahan dengan seri iaitu PERPIB (5) – (5) Pusat Perkhidmatan Warga Emas Kuching (PPWE).