Ibu patah gigi dibelasah suami isteri ‘datang gila’

0

GARA-GARA menegur makanan anaknya ‘dibedal,’ seorang ibu kehilangan tiga batang gigi hadapan akibat terkena libasan kerusi plastik oleh sepasang suami isteri yang ‘datang gila.

’ Insiden dilaporkan berlaku di Batu 10 Jalan Penrissen di sini ketika si ibu menegur pasangan suami isteri berkenaan selepas menghabiskan makanan anaknya pada Sabtu lepas iaitu kira-kira jam 10 malam.

Berdesing telinga dek teguran ‘berbisa’ itu, pasangan suami isteri yang juga merupakan adik kepada si ibu itu tiba-tiba ‘datang gila’ dan terus membelasah mangsa tanpa belas kasihan.

“Mangsa pada mulanya hanya menegur pasangan suami isteri berkenaan kerana menghabiskan makanan anaknya (anak mangsa) dan langsung tidak menyangka teguran tersebut akan menyebabkan mereka (suspek) ‘datang gila.

’ “Mereka terus menumbuk dan menyepak mangsa selain turut memukul mangsa menggunakan penyapu dan kerusi plastik menyebabkan mangsa hampir pengsan serta turut kehilangan tiga batang giginya,” kata sumber.

Pasangan suami isteri itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian selepas melihat keadaan mangsa sedemikian.

Mangsa diiringi ahli keluarganya yang lain kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian pada hari berikutnya.