Polis forensik periksa dua motosikal dirampas

0

RAMPAS: Dua buah motosikal dirampas dibawa ke balai untuk siasatan polis forensik.

SIBU: Polis forensik men­jalankan pemeriksaan terha­dap dua buah motosikal yang dirampas dalam satu operasi mencari suspek berhubung kes tembak di Jalan Then Kung Suk, di sini pada 18 Mac lalu.

Pemeriksaan terhadap dua buah motosikal itu bertujuan mencari sebarang bukti yang boleh dikaitan dengan kes tembak tersebut.

Pada malam Selasa lalu sekitar jam 8 malam, lima orang lelaki ditahan di dua lokasi termasuk di Jalan Hua Kiew dan Jalan Lada, di sini serta merampas dua buah motosikal.

Selepas siasatan awal, po­lis hanya menahan seorang daripada lima suspek yang dikenali sebagai Wong, 36, yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut polis.

Menurut laporan, dua buah motosikal yang dirampas itu masing-masing milik suspek dan teman wanitanya.

Polis kini bertungkus-lu­mus menjalankan siasatan kes tembak tersebut yang men­gakibatkan seorang pemandu lori ditembak ketika menung­gang motosikal menuju ke tempat kerjanya di Jalan Then Kung Suk, Jumaat lalu.

Difahamkan kes tersebut mungkin ada kaitan dengan masalah wanita dan tiada kaitan dengan kes lampau mangsa.

Mangsa dikenali Yii Ko Hong, 31, dibenarkan keluar dari wad Hospital Sibu Ahad lalu dan ditemani ayahnya ketika diambil keterangan di Balai Polis Sentral, di sini Selasa lalu.