Axis FC buru kejuaraan berganda

0

KUCHING: Selepas dinobatkan johan Liga Axis Petra Jaya 2014, misi Axis FC kini terarah untuk menjuarai Piala Datuk Fadillah Yusof yang akan berlangsung pada 2 Mei 2014 bertempat di Stadium Negeri.

Pengurusnya Iswandi Ali Hassan bagaimanapun melihat tugas sukar dihadapi anak-anak buahnya kerana mereka bakal menentang pasukan berstatus bintang All Star SPPS pada perlawanan akhir.

“Peluang adalah seimbang kerana kedua-dua pasukan dibarisi ramai bekas pemain Sarawak.

“Apapun, saya tetap yakin dengan kemampuan Axis FC untuk melakar kejuaraan berganda pada tahun ini,” katanya semalam.

Axis FC melangkah ke perlawanan akhir setelah menundukkan HA Satok 4-0 dalam saingan separuh akhir pada minggu lepas.

Manakala All Star SPPS menewaskan juara bertahan Petra Giant 2-0 dalam saingan sama.

Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof dijangka turut menyaksikan perlawanan akhir yang bermula pada jam 8 malam.