4 KAD johan pertandingan bola tampar

0

KUCHING: Pasukan BAKAT Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) dinobatkan johan Pertandingan Bola Tampar Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Peringkat Pemerintahan Wilayah Timur (PWT) Kawasan Kuching 2014 yang diadakan di Markas Pemerintahan Wilayah Timur, Kem Muara Tuang semalam.

Mereka menundukkan BAKAT 1 Rejimen Semboyan Diraja (1 RSD) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan, Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.

Tempat ketiga pula milik BAKAT Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) manakala pasukan BAKAT Markas Pemerintahan Wilayah Timur tempat keempat.

Sementara itu, seramai 10 pemain terbaik pertandingan ini akan dipilih mewakili Pemerintahan Wilayah Timur ke kejohanan peringkat BAKAT Darat.

Kejohanan yang bermula sejak 22 April lalu itu dianjurkan oleh 1RSD, Kem Muara Tuang.

Menurut kenyataan dari Sel Perhubungan Raya, Ma rka s Peme r int aha n Wilayah Timur, kejohanan yang julung kali diadakan itu bertujuan mengekalkan semangat setia kawan di kalangan ahli-ahli Bakat PWT di samping menggalakkan mereka bergiat aktif dalam sukan bola tampar.

Selain itu juga aktiviti ini bertujuan melahirkan ahli BAKAT PWT yang sihat dan cergas.

Hadiah telah di sampaikan oleh Naib Pengerusi 2 BAKAT Darat Datin Noraihan Ibrahim dan Pengerusi BAKAT 3 Briged Datin Raja Mariah Raja Latif.

Turut hadir Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar (Panglima Pemerintahan Timur), Brigedier Jeneral Abdul Rahim Sebeli (Ketua Staf Am), Brigedier Jeneral Datuk Hashim Jabar (Ketua Pengarah Logistik), Leftenan Kolonel Hashim Osman (Ketua Staf 3 Briged), Pegawai-pegawai Staf Markas Pemerintahan Wilayan Timur dan Markas 1 Divisyen serta Pegawaipegawai Memerintah Trup 1 Divisyen dan naungan 3 Briged.