Kastam Perak merampas pelbagai barangan seludup lebih RM1 juta

0

LUMUT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan sindiket penyeludupan pelbagai jenis barangan bernilai lebih RM1 juta melibatkan cukai kira-kira RM1.13 juta dalam lima kes berasingan di beberapa daerah Isnin lepas.

Pengarahnya Datuk Mohd Nasir Said berkata rampasan itu melibatkan rokok putih, diesel, mercun dan bunga api.

Beliau berkata rampasan diesel sebanyak 37,500 liter yang bernilai RM114,375 dilakukan berikutan penahanan sebuah bot kayu dan kapal tunda berhampiranPengkalan Marin Kastam Lumut, Sitiawan pada jam 2.45 petang.

“Pihak kami juga berjaya menahan dua individu terdiri daripada rakyat tempatan dan asing masing-masing berumur sekitar 60-an dan 40-an di pangkalan berkenaan untuk siasatan dan kemudian dilepaskan sementara menurut Seksyen 116 Akta Kastam 1967,” katanya kepada pemberita di Pejabat Kastam Cawangan Penguatkuasaan, di sini, semalam.

Kes disiasat menurut Seksyen 135 (1)(g) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang ataupenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata sebanyak 500,000 batang rokok putih  pelbagai jenama yang bernilai RM288,750 dirampas berikutan penahanan sebuah vandi Jalan Merbuk, Teluk Intan pada hari yang sama.

Beliau berkata dalam kes yang berasingan di Taiping, Kastam Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Hulu berjaya merampas mercun dan bunga api di sebuahpremis tidak berpenghuni pada jam 6 petang.

Katanya terdapat sebanyak 10 kontena yang terletak di kawasan premis berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati tiga daripada kontena tersebutmengandungi 327 karton mercun dan bunga api yang bernilai RM88,935.

Beliau berkata serbuan juga dilakukan di sebuah stor tidak berpenghuni di kawasan perindustrian Taiping dan hasil pemeriksaan menemui 1,623 karton mercundan bunga api pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM1,260,600.

Mohd Nasir berkata pihaknya juga berjaya merampas rokok putih serta mercun dan bunga api pelbagai jenama di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taiping padajam 10.40 malam.

“Sebanyak 550,000 batang rokok putih yang bernilai RM317,625 dan 200 karton mercun dan bunga api dengan nilai RM74,250 berjaya dirampas,” katanya yangmenjelaskan tiada sebarang tangkapan dibuat bagi kes di Teluk Intan dan kesemuakes di Taiping.

Semua kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali  ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang rampasan atau penjaratidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. — Bernama