Sarawak harus melindungi kepentingannya dalam Malaysia

0

KUCHING: Sarawak harus melindungi kepentingannya dalam Malaysia dan tidak membenarkan UMNO masuk ke negeri ini.

Itu antara perkara yang ditekankan oleh Datuk Jeffrey Kitingan selaku penceramah ‘Forum Malaysia Agreement 1963 – Past, Present & Future’ yang diadakan di sini, semalam.

“Saya gembira apabila bekas Ketua Menteri memberitahu dua perkara iaitu melindungi kepentingan Sarawak di Malaysia dan tidak membenarkan UMNO masuk.

“Ini adalah mesej yang sangat berkuasa…belajar daripada kesilapan Sabah,” kata Presiden Borneo Heritage Foundation of Sabah yang juga ADUN Bingkor, Sabah dan pengerusi STAR itu.

Mendedahkan situasi di Sabah, Jeffrey berkata ‘Negeri di Bawah Bayu’ itu kini telah beralih daripada menjadi sebuah negeri yang paling maju di Malaysia kepada negeri terendah.

“Menurut laporan Bank Dunia, kami adalah negeri yang paling miskin di Malaysia.

“Yang ironinya, Sabah adalah sangat kaya sebenarnya…kami mempunyai minyak dan gas seperti Sarawak.

“Apabila UMNO mengambil alih Sabah, ia berubah termasuk kuasa bagi Ketua Menteri dan sekarang, mereka mengawal Sabah secara langsung,” katanya.