Mayat lelaki dijumpai tanpa baju

0

Oleh Yusop Teppo //

Polis mengusung mayat mangsa untuk dihantar ke hospital.

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki tanpa baju dijumpai oleh orang awam di kawasan lapang Kampung Cahaya Baru Batu 3, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang, orang awam yang lalu kawasan lapang berkenaan menjumpai mayat mangsa sebelum menghubungi pihak polis.

Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan jenayah Daerah yang diketuai oleh ASP Nazri Abdul Razak bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Mayat lelaki yang tiada dokumen dan dipercayai sudah mati beberapa hari itu dijumpai tanpa baju dan hanya berseluar jeans panjang.

Pihak polis kemudiannya menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, indentiti mangsa setakat ini belum dikenalpasti ekoran tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

“Punca kematian mangsa juga belum dapat dipastikan dan kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan.