Wanita asing pelayan kedai kopi ditemui mati

0

KUCHING: Seorang wanita warga asing yang bekerja se­bagai pelayan di sebuah kedai kopi ditemui mati di bilik sewanya di sebuah rumah kedai di Jalan Ang Cheng Ho, semalam.

Mangsa yang berusia 20-an itu dikatakan gagal dihubungi selepas tidak turun kerja sebelum seorang daripada rakan sekerja mencarinya di dalam biliknya dan menemui mangsa sudah meninggal dunia.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Indone­sia bekerja sebagai pelayan sambilan di sebuah kedai kopi tidak jauh dari tempat dia tinggal.

Pihak polis yang dimak­lumkan mengenai perkara tersebut kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Difahamkan, tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menung­gu keputusan bedah siasat.