Persatuan Guru dan Taska KEMAS rai Hari Guru

0

SELAMAT HARI GURU: Richard (tengah), Sawing (enam kiri), Bohan (lima kiri) dan Helen (empat kanan) bersama guru-guru Tabika KEMAS memotong kek sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.

BERSEMANGAT: Kanak-Kanak Tabika KEMAS Sri Aman bersemangat menyertai acara senamrobik.

TURUT SERTA: Guru-guru Tabika KEMAS Sri Aman memeriahkan sambutan dengan menyertai permainan ‘kerusi beracun’.

 

 

Oleh Kelvin Lambai //

PERSATUAN Guru- Guru dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman telah mengadakan Program Sukaneka dan Sambutan Hari Guru 2014 di Dewan Kawat Kem Temudok, Sri Aman baru-baru ini.

Pengerusi persatuan Helen Edward Brandah berkata, program yang dianjurkan ini telah dijadikan sebagai acara tahunan persatuan bermula tahun ini.

Menurutnya lagi, penganjuran program ini dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru-guru, ibu bapa kanakkanak tabika serta kakitangan di Jabatan KEMAS sendiri.

Majlis penutupan rasmi program berkenaan telah disempurnakan oleh WaliKota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Richard Tawan Sedu.

Turut hadir ialah Ketua Kompeni C, Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman ASP Yusof Baki, guru besar Sekolah Kebangsaan Temudok Bohan Saha, Timbalan Pengerusi MDSA Kaunselor Sawing Sumar serta guru-guru Tabika KEMAS.