Siong How adakan jualan penghabisan stok hingga Ahad

0

KUCHING: Siong How Electrical and Electronic Sdn Bhd kini sedang mengadakan Jualan Penghabisan Stok Gudang Pertengahan Tahun (Mid-Year Warehouse Stock Clearance) di premis ibu pejabatnya di Pending sehingga Ahad ini (6 Julai).

Jualan selama empat hari bermula hari ini (3 Julai) adalah jualan sekali dalam setahun dengan harga menarik bagi produk elektrik dan elektronik dengan kesemua barangan dikenakan diskaun sehingga 30 peratus.

Selain itu pelanggan juga boleh menikmati jaminan tambahan sehingga lima tahun yang tertakluk kepada terma syarat yang ditetapkan.

Antara jenama yang terdapat di Siong How ialah Panasonic, Samsung, LG, Sharp, Toshiba, Electrolux, Philips, Midea, Rinnai, KDK, Joven, Alpha, Akira, Cornell, KHIND, Zanussi dan Zenne.

Siong How juga merupakan ejen bagi BSN dan Epay, di mana orang ramai boleh membuat pembayaran bil seperti Celcom, DiGi, Astro, Singer, TM, bil elektrik dan bil air.

Malahan pengunjung juga boleh membeli kupon isian semula bagi Maxis, DiGi, Tunetalk, Italk, Umobile, Acash,  Molpoints dan Gamania.

Pelanggan boleh memilih pelan pembayaran ansuran tanpa faedah selama 36 bulan dengan Hong Leong Bank, MBF Bank, HSBC Bank, RHB Bank, Maybank, Citibank dan Public Bank. Siong How juga ada Khidmat Aeon Credit dan khidmat kelulusan pinjaman yang mudah.

Orang ramai dipelawa ke jerayawara Siong How untuk mendapatkan beberapa tawaran hebat daripada jualan sekali setahun ini.

Ibu pejabat Siong How terletak di Lot 1334, Jalan Perdana, Estet Perindustrian Pending.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 082-344941.