Majlis ‘Ngiling Bidai’ JKKK Lorong 7-I Sibu Jaya meriah

0

SIBU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lorong 7-I Sibu Jaya di sini mengadakan Majlis ‘Ngiling Bidai’ di kediaman pengerusinya Ngelai Jimbun, di sini.

Majlis itu dihadiri oleh Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bahagian Kapit, Sylvester Candy Pai selaku ‘Tuai Pengabang’ ataupun tetamu kehormat majlis.

Hadir sama ‘Tuai Gawai’ ataupun pengerusi jawatankuasa penganjur, Julius Ceaser Uri.

Seramai enam blok rumah terlibat merangkumi 45 buah rumah terlibat pada majlis itu.

Acara diadakan seperti pertandingan Kumang anak-anak kecil, ngajat, ‘ngetas ranyai’ serta pemainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Para hadirin turut dijamu dengan pelbagai juadah istimewa yang disediakan oleh penduduk secara gotong-royong.