Site Last Updated 12:47 am, Saturday

Seminggu dikurung, dipukul kekasih

Posted on July 7, 2014, Monday

KUCHING: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun keluar dari rumah untuk ke rumah kekasihnya di sini, membawa padah apabila dia bukan sahaja dikurung malah turut dipukul selama seminggu oleh lelaki tersebut.

Menurut sumber, gadis itu tidak dibenarkan keluar dari rumah teman lelakinya selama seminggu, namun mendapat peluang untuk melarikan diri pada malam kelmarin.

Difahamkan sebelum ini, ibu bapa kepada remaja itu telah menegurnya beberapa kali untuk memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut, namun mangsa tidak menghiraukan nasihat tersebut.

Setelah balik ke rumah keluarganya di Kampung Sungai Maong di sini, remaja itu dikatakan bertindak mengurung dirinya di dalam bilik dan enggan keluar untuk bersua muka dengan keluarganya.

Curiga dengan situasi tersebut, bapa mangsa kemudiannya menghubungi unit polis peronda (MPV) untuk mendapatkan bantuan.

Setelah dipujuk, difahamkan mangsa bersetuju untuk keluar bilik dan menceritakan apa yang telah terjadi kepada pihak polis dan bapanya.

Melihat kesan lebam di muka dan di badan remaja berkenaan yang jelas kelihatan, bapa mangsa kemudiannya membawanya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan.

Mereka kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah memberkas teman lelaki mangsa yang juga suspek kejadian.

Siasatan masih diteruskan.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.