Perbicaraan kes lelaki bunuh isteri dan dua anak bermula

0

DITUDUH: Tiang (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di Sibu, semalam.

SIBU: Perbicaraan seorang bapa yang didakwa membunuh isteri dan dua anaknya di kediaman mereka di Pulau Li Hua pada 5 Julai tahun lalu  bermula di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Yaacub Chik ketika membaca pertuduhan kepada tertuduh Tiang Lee Yee, 44, berkata Tiang dikenakan tiga kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Ling Yung Ming (isteri), Christine Tiang (anak perempuan) dan Victor Tiang (anak lelaki) pada 5 Julai tahun lalu antara jam 6.20 hingga 9.50 pagi di rumah mereka di Pulau Li Hua di sini.

Beliau berkata tertuduh juga didakwa menghadapi satu lagi kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh Vincent Tiang (anak lelaki) di tempat, masa dan hari yang sama.

Yaacub memberitahu, tertuduh turut didakwa bagi kesalahan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri di tempat, masa dan hari yang sama.

Beliau menegaskan dalam perbicaraan itu, pendakwaan akan bergantung kepada saintifik, bukti perubatan dan mengikut keadaan langsung untuk membuktikan kes terhadap tertuduh.

“Keseluruhan bukti hendaklah dikemukakan, hendaklah dibuktikan bagi mengelak sebarang keraguan munasabah di mana orang dituduh (tertuduh) dengan sengaja menyebabkan kematian, cuba menyebabkan kematian dan cuba membunuh diri,” katanya.

Yaacub berkata, tertuduh dihantar ke Hospital Sentosa untuk analisis psikiatri dan pada pendapat Dr Lau King Ka sebagai pakar kanan perunding psikiatri hospital itu, tertuduh tahu apa yang dilakukannya dan tahu apa yang dilakukan adalah betul atau salah.

Saksi pertama pendakwaan Sarjan Backer Gundi, 58, merupakan penjaga stor bahan bukti Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

Dalam pemeriksaan SFC, beliau berkata, beliau menerima barang kes itu daripada pegawai polis ASP Yeoh Chun Shyan kira-kira jam 8.30 malam pada 5 Julai tahun lalu.

Beliau menerimanya dalam sampul surat yang berada dalam keadaan baik dan kemudian disimpan dalam stor berkunci.

Seramai 38 saksi pendakwaan dijangka memberi keterangan terhadap tertuduh yang diwakili peguam, Ben Lau.

Pendakwaan bagi kes ini diketuai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz.

Ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, dalam kes ini 20 tahun kerana menyebabkan cedera kepada Vincent ketika cuba untuk membunuhnya.

Seksyen 309 Kanun Keseksaan pula, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Pada 5 Julai lalu menurut laporan akhbar, Tiang didapati membunuh isteri dan dua anaknya sementara seorang lagi anak lelakinya berjaya menyelamatkan diri dengan lari ke rumah jirannya.

Tiang kemudian dikatakan cuba melarikan diri ke Bintulu dengan memandu seorang diri sebelum berjaya ditangkap polis di sana pada petang hari yang sama.

Semasa ditahan, polis menemui sebotol racun rumpai dan hos getah dipercayai bahan digunakannya untuk membunuh diri.

Kontraktor itu dikatakan membawa keluarganya makan malam di luar sebelum melakukan kesalahan tersebut.

Selepas balik makan malam, tertuduh dikatakan memberi pil tidur kepada semua ahli keluarganya.

Tertuduh dilaporkan menanggung beban hutang sejumlah RM3.5 juta.ax SIBU: Perbicaraan seorang bapa yang didakwa membunuh isteri dan dua anaknya di kediaman mereka di Pulau Li Hua pada 5 Julai tahun lalu  bermula di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Tertuduh dilaporkan menanggung beban hutang sejumlah RM3.5 juta.