Pesawat tergelincir, penumpang, kru selamat

0

KUCHING:Pesawat AirAsia yang melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brunei Darussalam semalam tergelincir dari landasan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan AirAsia semalam mengesahkan bahawa insiden itu berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun, kesemua 102 penumpang dan tujuh anak kapal dilaporkan selamat dan kerja-kerja menyelamat giat dijalankan.

“Pasukan kami bekerjasama dengan pihak berkuasa berwajib untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan akan dimaklumkan kemudian.