Tiga lelaki ditahan dalam serbuan Ops Dadu

0

DISITA: Barang rampasan di tiga premis berasingan di bandar Bintulu, kelmarin.

KUCHING: Tiga lelaki ditahan dalam serbuan Ops Dadu di tiga lokasi berasingan di Bintulu, kelmarin.

Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 36 tahun, merupakan penjaga premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi atas talian secara haram.

Polis turut merampas beberapa unit komputer, beberapa peralatan untuk talian Internet dan sejumlah wang tunai.

Serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sarawak antara jam 5.15 petang hingga 6 petang.

Tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka dan 6(1) Ordinan Hiburan.