Kanak-kanak maut selepas alami pendarahan di kepala

0

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pagi semalam selepas menga-lami pendarahan di bahagian kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Dae-rah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata mangsa meninggal dunia pada jam 11.15 pagi semalam selepas hampir lapan hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, wad Pediatrik HRPB.

“Kanak-kanak tersebut dirujuk ke HRPB pada jam 5.30 petang 1 Julai lepas apabila pengasuhnya mem-bawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran setelah kanak-kanak itu didapati tidak sihat dan mengalami kesesakan nafas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata apabila dita-han di wad Pediatrik, seorang pegawai perubatan yang bertugas membuat laporan kepada polis selepas menge-san berlaku pendarahan di bahagian kepala mangsa.

Polis kemudian menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, katanya.

“Sebelum kejadian, anak itu telah dihantar ibunya ke rumah pengasuh yang terletak berhampiran rumah mereka di Taman Lapangan Melodi.

Pengasuh dikatakan membawa kanak-kanak itu ke klinik selepas mangsa dilihat tidak sihat dan mengalami seksa nafas,” katanya.  — Bernama